assalamualaikum...
tengah malam aku duduk menghadap laptop yang murah lagi lembap. tiba2 aku rasa jari jemari aku ingin menaip sesuatu. puas aku memujuk otak supaya memikir sesuatu. akan tetapi otak enggan kerna mahu berehat setelah sehari suntuk tidak rehat. aku memaksa otak berfikir tiada jwapan. hati berbisik, taiplah apa sahaja wahai jari jemari. dengan pantas jari membuka blogspot. dengan tiada tuju jari menaip tanpa berfikir.
mukadimah agak mengarut di situ. aku tersangat la tak boleh tidur walaupun mata dah bertongkat. adek berbuluuuu aku nyenyak tidur dan kadang2 tergolek ke kiri ke kanan. rumah semestinya sunyi sepi, cuma kedengaran beberapa dengkurang dari penghuni rumah. lumrah anak sulung dan anak tunggal perempuan. aku takde kawan dekat rumah ne. jangan pelik kenapa aku tak gegurl, aku lebih ke arah hardcore.
jangan salah tafsir, aku bukan 'abang2' aku cuma tegas dan garang, yeaa anak sulung harus begitu. terkadang aku terasa mahu adek perempuan, mahu share story, maen masak2, maen make up. tapi kekadang aku taknak. sudah biasa jadi puteri tunggal dalam rumah ne. puteri kah ? walaupun kekadang mak aku beli make up itu ini, produk kecantikan itu ini. tak penah aku guna. aku bukan jenis yang suka tempek benda dekat muka. rimas lagi leceh.
dekat sekolah aku selekeh, YEAA ! kadang2 kena marah dengan kawan sebab tudung comot. macam budak tadika. aku nak lalui detik sebagai 'budak sekolah' dengan kecomotan. lepastuh bila nak gelar mak mak, tunjuk dekat anak gambar zaman muda yang comot. lepastuh gelak sama2. secomot comot aku, aku boleh fikir matang. dari hari ke hari aku rasa aku dah matang. HAHA. bukti ? tengok blog aku. dah pinkish kan and simple. pinkish ? aku tak tahu nape aku pilih warna ni. nak guna warna biru tapi kena experimen gabung2 warna dulu. sebabkan aku dah matang, aku stop sampai sini.
.jpg)



