kenapa engineer?

assalamualaikum...



ade satu malam ni sambil aku selongkar facebook. usha sana usha sini. tetiba ade kawan lama yang sangat lama tak tegur dan sangat lama tak jumpa. dia tanya sekarang buat ape. cerita punya cerita borak sampai tak ingat dah tengah malam. tetiba dia tanya nape kos engineering? memang nak jadi engineer ke? haaa terus aku detik nak tulis entry.

sebenarnya memang aku nak jadi engineer. keinginan ni bukan muncul dari azali. keluar2 terus nak jadi engineer. kecil2 dulu mane aku tahu engineer ni keja ape. serius tak tahu. dulu nak jadi veterinar kononnya sebab sayang sangat haiwan. lepas tu nak jadi businesswoman jual kapal terbang. haa kemain nak jadi orang kaya punya pasal. 

after PMR, aku dah tahu minat aku dekat mana. parents aku memang tak tahu. well, kita yang kenal diri kita. so aku decide aku taknak ambik biology sebab aku memang tak minat !! aku mintak teknik. ambik kos mekanikal. ayah aku ikut je sebab aku jenis tak suka halang minat aku. mak aku ade la bebel kata nape tak ambik elektrik sebab mekanikal kan keja berat. tapi aku suka keja laki. 



lepas habis SPM. aku nak cepatkan habis study so aku further matric. lepas matric baru aku decide ape minat aku sebenarnya dalam bidang engineering ni still dalam kelompok mekanikal la. aku selalu tanya nak sambung mekanik pure or tak. so jawapanya memang tak. sebab minat aku lebih dalam bidang kilang ni and machine yang produce somethings. aku pilih kos manufacturing engineering. dalam list upu memang kebanyakkannya kos ni. alhamdulillah aku dapat kos ni. 

walaupun kekadang ade orang mengata, yela kos ni bukan gempak macam mechanical or chemical engineering. tapi dah aku minat better aku follow the flow dari aku pakai ambik je sebab nama dia hebat tapi last2 aku kemana kos ni kemana. 



untuk buat minat aku lebih mendalam dan memahami kos ni dan jadikan kos ni bukan bahan study tapi my passion, so aku banyak google tentang manufacturing something. and nak lebih ringan aku suka tengok 'how it made' channel discovery tak silap dan 'unwrapped' channel food network. and aku selalu youtube pasal vending machine and new technology dekat japan. aku hormat engineer luar negara. diaorang bukan saja jadi engineer duduk pejabat perah otak tapi ade soft skill. 



sebab tu bila masuk bengkel aku lebih aktif. lebih teruja berbanding dalam lect sebab aku suka hands on and aku tersangat suka welding tak kisah la gas, ark, or MIG. insyallah kalau diberi kesempatan dan kewangan yang cukup. habis degree aku nak travel bagpacker pun jadilah. janji aku dapat jejak Japan, Korea or German untuk tengok kecanggihan teknologi sana. tambah2 vending machines yang tersangat wwoowww ! kat Malaysia vending machines tersangat la ketinggalan berbanding diaorang. 

panjang pulak entry ni. oke lah sambung study. bye ! 

thanks sudi baca, sorry kalau mem-boringkan ! :)

kembali...

assalamualaikum...




dah lama gile aku tak update entry baru. sejak sambung degree ni aku sibuk sangat. sibuk mencari ilmu sibuk tidur sibuk layan internet yang suam2 kuku. 

aku sekarang sambung degree di universiti Sains Malaysia dalam bidang Kejuruteraan Pembuatan dan Pengurusan. ehhh? mesti ade yang tanya kos apa tu? kau dapat kos lelong ek? haha. sebenarnya kos ni memang aku nak dari lepas SPM lagi. masa isi upu untuk diploma pun kos ni pilihan pertama. well, aku taknak sambung dalam kos mekanikal walaupun dari form4 dah belajar. aku tahu tahap diri aku. kos mekanikal bukan senang macam dilihat. 

stop kat situ. dah sebulan aku kat nibong tebal. yeaa USM Kampus Kejuruteraan bukan dekat pulau pinang yang semua orang tahu kat atas bukit nan indah tu. tapi kampus aku kat nibong tebal yang jauh sama sekali dengan pulau pinang dan berdekatan dengan ladang kelapa sawit. ( sambil taip aku terpaksa tahan nafas sebab bau kelapa sawit yang sangat ...... sebabkan hujan ) yang bestnya duduk Nibong Tebal ni. takde hiburan =,= tapi sini dunia shopping untuk kaum hawa sebab dekat dengan parit buntar yang semua orang tahu ade pasar kemboja. 

setakat sebulan dekat sini, Alhamdulillah semuanya baik baik saja. walaupun aku selalu sakit manja2 ni. sibuk tu usah dikata. memang lumrah seorang pelajar degree. tambah pula universiti yang berstatus APEX. pelajar bergiat aktif memang sangat digalakkan. orang luar akan pandang 'siannya students usm ni kena aktif betul2 la' tapi serius aku cakap. bila kau aktif kau akan dapat satu kepuasan yang kau kena rase baru kau tahu. aku sukaa !

okelah taknak bebel panjang. assignment berlonggok lagi minta di belai. oke bye ! 

thanks sudi baca, sorry kalau mem-boringkan ! :)