kembali...

assalamualaikum...




dah lama gile aku tak update entry baru. sejak sambung degree ni aku sibuk sangat. sibuk mencari ilmu sibuk tidur sibuk layan internet yang suam2 kuku. 

aku sekarang sambung degree di universiti Sains Malaysia dalam bidang Kejuruteraan Pembuatan dan Pengurusan. ehhh? mesti ade yang tanya kos apa tu? kau dapat kos lelong ek? haha. sebenarnya kos ni memang aku nak dari lepas SPM lagi. masa isi upu untuk diploma pun kos ni pilihan pertama. well, aku taknak sambung dalam kos mekanikal walaupun dari form4 dah belajar. aku tahu tahap diri aku. kos mekanikal bukan senang macam dilihat. 

stop kat situ. dah sebulan aku kat nibong tebal. yeaa USM Kampus Kejuruteraan bukan dekat pulau pinang yang semua orang tahu kat atas bukit nan indah tu. tapi kampus aku kat nibong tebal yang jauh sama sekali dengan pulau pinang dan berdekatan dengan ladang kelapa sawit. ( sambil taip aku terpaksa tahan nafas sebab bau kelapa sawit yang sangat ...... sebabkan hujan ) yang bestnya duduk Nibong Tebal ni. takde hiburan =,= tapi sini dunia shopping untuk kaum hawa sebab dekat dengan parit buntar yang semua orang tahu ade pasar kemboja. 

setakat sebulan dekat sini, Alhamdulillah semuanya baik baik saja. walaupun aku selalu sakit manja2 ni. sibuk tu usah dikata. memang lumrah seorang pelajar degree. tambah pula universiti yang berstatus APEX. pelajar bergiat aktif memang sangat digalakkan. orang luar akan pandang 'siannya students usm ni kena aktif betul2 la' tapi serius aku cakap. bila kau aktif kau akan dapat satu kepuasan yang kau kena rase baru kau tahu. aku sukaa !

okelah taknak bebel panjang. assignment berlonggok lagi minta di belai. oke bye ! 

thanks sudi baca, sorry kalau mem-boringkan ! :)

Comments
0 Comments

0 kata kata magikk: