penyakit ?




assalamualaikum....



aku kembali ! yo yo je aku ni tak nak membebel kat blog ni sampai habes spm. aku teramat rindu nak membebel. asyik bebel kat kawan aku sampai dyorang buat-2 dengar je. mana taknya, orang nak dekat spm pulun sehabes mungkin tapi aku ? risau aku tengok diri aku. penyakit aku dah kronik. spm pulak dah dekat. aku tak nak lah penyakit aku ni penyebab result spm aku teruk macam trial hari tu. 

aku ada banyak story tapi aku tak boleh muatkan semuanya dalam entry ni nanti awak jemu nak baca. aku dah graduate dari technical high school. haha, siap pakai jubah macam harry potter. sangat comel. malang sekali kamera aku hilang. and jamuan kelas terakhir aku dengan kelas mekanikal 1 yang tersangat la hyper and aku akan aku rindu. 

hari ni hari terakhir aku berada di kelas. esok ada baca yassin and solat hajat. mesti ada part menangis yang aku tak boleh control. tadi dah hangkut segala harta karun hak milik aku. and aku akan rindu classmate yang angin masing2 tak menentu and penuh dengan drama and aksi mengalahkan filem bollywood. walaupun classmate aku lapan orang sahaja. 

berbalik kepada penyakit aku. aku tidak mengidap sebarang penyakit yang disahkan oleh pihak hospital kerana penyakit ni takda dalam kamus hospital tapi ada dalam kamus pelajar iaitu penyakit MALAS. please doakan penyakit ni cepat sembuh. aku nak spm dah ni ! mak aku asyik kata ni exam yang menentukan kamu jadi enggineer atau nurse. 



saya illma laili yasmin, pemilik blog yang selekeh ni hendak mohon maaf sekiranya ada buat salah samada secara live atau not live and minta jasa baek anda untuk doakan saya mendapat 10A dalam spm pada 5 november sehingga 6 disember 2012. aminn...


thanks sudi baca, sorry kalau mem-boringkan ! :)

Comments
0 Comments

0 kata kata magikk: