Such a long time....


Assalamualaikum...

Dah seminggu aku dekat rumah and baru 2 hari je aku duduk kat rumah tanpa keluar mane2. Sejak balik ne kaki nak jalan je. Sikit sikit nak merayap. Sorang sorang aku nak jumpa. Kalau boleh nak jumpa kawan dari tadika sampai sekarang. Ajet ajet ramai sangat kawan aku.

Lepas 3 bulan tak balik perak, macam jakun tengok itu ini. Nak try buat tu buat ne. Dulu masa raya haji aku jatuh tangga sampi effect kat bahu. Sebab diri malas nak pergi hosp so bajet diri ini kuat just letak minyak panas yang di sponsor oleh aina. Sampai sekarang rase sakit sakit sendi.

Lepas ambek sijil spm. Ha sebut pasal sijil spm. Ramai pulak yang tanya aku sijil spm kalau tak ambik takpe k. Alahai aku malas nak jawab sebab dah besarkan. Dah boleh tahu sijil tu untuk pe. Oke 2 kembali pada pangkal jalan. Balik rumah dengan muka happynya. Aku pun turun dari keta and dengan kuat aku tutup pintu. So bila nak jalan aku rasa ade orang tarik tangan aku. Sekali pusing, ok jari tersepit. Cepat2 buka pintu and tangan dah biru gile and kembang macam belon. Buat muka macho masuk rumah sapu minyak gamat langkawi. Tunjuk kat adik dengan bangganya jari tersepit. Dalam hati nak nangis. Memang nak dah.

Hari jumaat pulak pergi lepak kat cafe red onion. Abah hantar sebab roadtax motor mati. Nak bawak keta lesen takde. Elok je masuk simpang depan cafe sekali ade budak bawak moto lajunya terus langgar pintu sebelah aku. Dah macam tengok 3D. Terus jerit abahhhh!! So aku tergamam abah pun tergamam. Nak turun dah sekali budak tu lari. Dalam hati nak je pinjam moto sape2 p kejar tapi sekor moto pun tak jumpa. Dalam hati dah panas. Pintu dah kemek. Kalau saman sedap sangat. Dah la bawak tanpa lesen, tak pakai helmet, bawak laju. Yang tak bestnya dia tak jatuh. Kalau jatuh memang sedap aku tibai dia.

Semalam aku jadi bidan. Ehhh bukan bidan kampung tapi bidan pekan. Yang specialnya bidan kucing. Semalam mimi berjaya melahirkan 7 ekor anak kucing. Semua putih camput sedikit coklat. Masa dia nak lahirkan anak sulung perghh aku dah seram sebab dia jerit macam cerita conjuring. Terus aku jerit makkkk!



Okelah itu saja cerita minggu ne. 


thanks sudi baca, sorry kalau mem-boringkan ! :)

Comments
0 Comments

0 kata kata magikk: