assalamualaikum...
sempena hari jumaat yang mulia ni. i nak share dengan u'olls about friday. gedik pulak aku. oke, harap korang baca la ye. ilmu ni tau !
solat jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada amal ibadat yang dilaksanakan. selain itu, hari jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripadaNya.
rasulullah bersabda : ' sesiapan hadir solat jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. sesiapa hadir solat jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. sesiapa yang menghadiri solat jumaat pada saat yang ketiga,dia seperti berkorban seekor kibas. sesiapa hadir solat jumaat pada saat keempat, dia sepertu memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.
apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah, justeru sesiapa datang untuk solat selepas itu seolah olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.



