rindu arwah...



assalamualaikum awak awak awak ye awak yang tengah baca ni.



nampak tajuk entry tu ? nampak kan. aku rindu arwah. bukan sahabat, bukan teman hidup. aku rindu arwah opah dan moyang aku belah ayah and arwah tok aku belah mak. walaupun arwah dah lama tak de, since aku kanak-2 hingusan lagi. aku tetap rindu mereka. 

first aku nak cerita pasal arwah opah aku belah ayah, means mak ayah aku lah. arwah meninggal masa aku umur 4 tahun macam tu lah. walaupun aku kecil tapi aku boleh ingat semua saat aku dengan arwah. saat manis. 

aku ingat lagi, bila aku balek kampung dekat pahang, petang-2 arwah selalu masak cucur cicah sambal belacan ikan bilis. sedapp gila wa cakap sama lu. sampai skunk aku boleh bayangkan rasa dia sampai skunk bila aku masak cucur mesti aku buat sambal tu, walaupun tak sedap mana pun. kalau dia tak masak dia mesti beli dekat pak cik jual roti panas-2 bawak moto. pastu cicah dengan air tea kosong.dia mesti pakaikan inai untuk aku. lepas arwah meninggal aku mana pakai inai dah sampai skunk. walaupun atok aku dah kawen laen, tapi tetap tak boleh ganti arwah opah. 

arwah moyang aku memang bermakna gila bagi aku. masa dia meninggal aku nak ambik UPSR. aku ingat lagi masa sebelum nak upsr dia bacakan doa untuk aku and pesan suruh solat hajat lepas solat subuh. sebelum dia meninggal,dia masuk hospital seminggu and balek rumah. and dia ada cakap dia sempat duduk rumah seminggu je. thats true. first time dalam hidup aku tengok orang saat akhir meninggal. dia sengsara sebab lelah. tu semua sebab masa muda arwah kuat merokok. dengar tu wahai perokok ! lepas arwah pergi, keputusan UPSR keluar. berkat doa dia aku dapat 5a. tapi sedih bila tak boleh share dengan dia. 

abdul latif. yeahh tu nama arwah atok aku belah mak. arwah meninggal masa aku form 1 maybe. masa tu ayah aku kejut pukul 6 pagi and aku bangun sebab nak sekolah. aku rasa hari jumaat. entah laa. tapi ayah aku cakap atok ipoh dah tak de. aku dengan mamai pergi kemas baju. aku menangis masa arwah dikafankan. and  yang aku tak boleh lupa, wajah arwah senyum masa tu. rasa sejuk je bila pandang walaupun masa tu hujan. 

yang pergi tetap pergi, kita yang hidup kena teruskan hidup. *ayat selalu orang sebut* ingatlah dunia ni seperti RnR dalam perjalanan ke hari akhirat yang kekal abadi. 
al-fatihah





thanks sudi baca, sorry kalau mem-boringkan ! :)

Comments
0 Comments

0 kata kata magikk: