new crazy life.



assalamualaikum...



akhirnyaaaaa ! setalah sekian lama aku simpan hasrat nak mengarut merepek mencarut ? hahaha akhirnya aku ade masa nak update new entry. fuuuhh fuuuhhhh fuuuuuhhhhhh ! tiup segala habuk sawang dekat blog lama kena tinggal ne. melebih je. excited terlampau nak cerita banyak story but takde gambar sebab aku tak bawak dslr. 

kemana aku hilang? ayat syok sendiri sebab blog ne pun blog syok sendiri. hampir dua bulan aku jadi student kolej matrikulasi teknikal pahang. ramai cakap untung lha budak matrik. bagi aku matrik sama jee macam sekolah. kelas straight dari pukul 8pagi-5petang isnin sampai khamis. jumaat sampai pukul 12 tghari. 



ramai manusia aku kenal dekat kolej ne. meh aku nak story pasal roomates aku. bilik aku dihuni oleh 5 manusia termasuk aku. first aku kenal huda, budak johor. perangai dia memang gila. tapi dia rajin study tak macam aku malas. lepastu aku kenal asirah atau as. budak sabah bah. memang kena tapis la kalau dia cakap. tapi best dengar. jiahui, satu2nya roomates non-muslim. also came from johor. aku suka jerit nama dia macam orang gila. last but not least. hahahaha hani, budak selangor. dia masuk second intake. tapi perangai dia sama jee macam kitaorang. roomates aku semua gila. serioustalk ! memang gilaa ! kalau aku cerita banyak satu entry pun tak cukup. nanti aku story laen. 



aku ambik kejuruteraan mekanikal dekat matrik ne. praktikum aku M1P1. tak terkawal praktikum aku. mula mula jee semua diam malu. lama2 semua keluar perangai masing2. sehari tak gelak dengan praktikum aku memang tak sah. dalam praktikum aku ade 5 girls 10 boys adat mekanikal. yang bestnyaa girl praktikum aku je tak berpuak. semua macam isi dan kuku.

banyak story but tak best la, kalau nak padatkan semua dalam satu entry. nanti aku merepek lagi, bubye !

p/s: life as matriculation students is life with mosquito and best friend with ridsect. HAHA
 





thanks sudi baca, sorry kalau mem-boringkan ! :)

Comments
0 Comments

0 kata kata magikk: