minggu dua.

assalamualaikum...

minggu ne masuk dua minggu aku dekat matrik untuk semester dua or final sem. minggu ne boleh balik bermalam. ramai nak balik. kalaulah rumah aku dekat memang aku orang first yang nak balik. tapi jauh. pahang-perak. nampak jee dekat dalam peta tapi kalau kau jalan kaki memang penat. dekat jengka ne ade satu bas je yang pergi ipoh. jengka liner.masa pulak pukul 6 petang kadang kadang bas bukan boleh dipercayai, pukul 7 malam baru gerak.

sampai ipoh mesti 12.30-1 pagi. lepastu kau ade masa sehari je kat rumah. pukul 1 pagi malam ahad dah nak balik sini sebab dari ipoh ade pukul 1 pagi je. pukul 7 pagi sampai la jengka. tahu tak bazir masa. letih tak kira lagi. so konklusinya raya cina nanti aku balik. ni baru pahang dah mengeluh jarang balik. ade hati nak duduk dekat german. HAHAHA

dah minggu dua, aku ingat BI semester dua ne belajar biase2 je. sekali kau kena buat research. tahniah to myself. minggu ne minggu hujan. kau pernah bayangkan kau tinggal dekat tempat salji? cukuplah jangan bayangkan. sejuk tahu tak. dari jumaat sampai khamis hujan tak berhenti. kalau stop pun kejap je lepastu sambung lagi. tambah pulak kalau masuk bilik kuliah 1,2,4 memang beku. sejuk yang amat. senang cite minggu ne bil elektrik menurun. sebab ? kipas kau tak payah pasang lelaju. sungai belakang kolej naek air. macam gempak jekan, memang gempak sebab staf and pengarah tahan pukat. entah ade ikan entah tak.

sebab hujan aku hampir demam. hampir k. semua pasal roomates. aku pergi tandas kejap dia p kunci pintu lepastu blah p kelas. aku dengan tak bawak kuncinya. mulalah macam orang gila. naseb ade phone. so call roomates lari p blok akademik patah balik p kolej kediaman. hujan tak hujan aku redah. sanggup kau nak ikut jalan jauh semata tak nak hujan and kau dah lambat p kelas. naseb sir sporting kalau tak. erghhhh

yang tak puas hati minggu ne. kalau kau nak sambut birthday orang tu sambut tak payah jerit macam histeria boleh tak ? macam kau je sambut orang laen tak pernah. sambut senyap sudah la. biar la birthday girl jerit ne kau pun nak jerit macam orang gile. kau tahu tak benda tu suka orang jerit2 ne. silap hari bulan naya kau. amaran !


thanks sudi baca, sorry kalau mem-boringkan ! :)

Comments
0 Comments

0 kata kata magikk: